
GOLD ACCUMULATION
PROGRAM (GAP)
Simpanan Emas Mampu Milik Serendah RM100
ADAKAH ANDA...
-
Dapat menabung dengan baik tapi hanya dalam ASB atau Tabung Haji?
-
Golongan B40 dengan pendapatan rendah tanpa simpanan?
-
Nak menabung tapi bekerja sendiri tanpa pendapatan tetap?
-
Kaya raya tapi tiada simpanan emas?
-
Takut emas anda beli hilang?

Jika anda termasuk dalam golongan di atas, anda wajib mulakan simpanan emas melalui akaun GAP kerana akaun GAP mampu membantu anda!

APA ITU AKAUN GAP
Gold Accumulation Program atau GAP adalah kaedah pembelian emas mampu milik yang disediakan Public Gold untuk :
📌Membeli emas dengan modal yang rendah melalui akaun emas secara atas talian.
📌Mengumpul gram emas sedikit demi sedikit sehingga mencapai berat emas fizikal diingini.
📌Mengeluarkan emas fizikal yang diingini apabila gram emas terkumpul mencukupi.
📌Menjual atau memajak gram emas melalui aplikasi.
KELEBIHAN AKAUN GAP
FUNGSI AKAUN GAP

📌 Fungsi akaun GAP ni serupa seperti akaun 'online banking' lain seperti maybank2u atau cimbclicks.
📌 Bezanya, setiap bayaran dibuat adalah untuk pembelian emas fizikal.
📌 Bayaran akan ditukarkan kepada gram emas berdasarkan harga emas semasa.
📌 Simpanan anda adalah gram emas dan bukannya wang ringgit.
📌 Emas anda akan disimpankan di Public Safe secara percuma tanpa caj simpanan dan dilindungi insurans.
📌 Anda boleh pantau jumlah simpanan gram emas terkumpul melalui aplikasi disediakan.
📌 Anda boleh keluarkan mana mana emas fizikal apabila jumlah gram emas mencukupi pada bila bila masa.
📌 Bagi emas yang tidak dikeluarkan, emas boleh dijual atau dipajak melalui aplikasi dan duit akan dimasukkan ke akaun bank anda.
PEMBELIAN GRAM EMAS GAP



Melalui akaun GAP, anda boleh :
📌Membeli emas mengikut kemampuan asalkan tak kurang dari RM100.
📌Bayaran akan ditukarkan kepada gram emas berdasarkan harga emas semasa pada hari pembelian.
Sebagai contoh :
📌Harga emas pada 15 November 2023 adalah RM323/gram.
📌Jika anda membeli RM100, anda akan menerima 0.3096 gram emas (RM100/RM323).
📌Jika anda membeli RM5,000, anda akan menerima 15.4798 gram emas (RM5,000/RM323).
📌Bayaran boleh dibuat sama ada melalui online banking, cek atau pindahan wang tunai terus ke akaun bank Public Gold.
📌Gram emas yang anda kumpul boleh dipantau melalui aplikasi Public Gold dan ditunjukkan pada GAP Account Balance.
PENGELUARAN EMAS FIZIKAL
📌Anda boleh keluarkan mana mana emas fizikal yang anda mahu apabila jumlah gram emas dalam simpanan GAP anda mencukupi.
📌Anda boleh pilih untuk keluarkan samada :
-
Goldbar
-
Dinar
-
Barang kemas berketulenan 999 (24 karat)
📌Sebagai contoh, jika simpanan emas GAP anda mencecah 16gram, anda boleh keluarkan mana mana emas dengan berat kurang dari 15 gram seperti :
-
1 keping goldbar 10gram dan 1 keping goldbar 5 gram atau
-
3 keping goldbar 5gram atau
-
15 keping goldbar 1 gram dan sebagainya.
📌Anda boleh keluarkan kesemua emas anda tanpa perlu tinggalkan sebarang baki dalam akaun GAP anda.
PILIHAN EMAS FIZIKAL
















KAEDAHPENGELUARAN EMAS FIZIKAL
📌Anda boleh keluarkan mana mana emas fizikal disediakan apabila jumlah simpanan mencukupi.
📌Terdapat 3 kaedah pengeluaran emas fizikal bergantung kepada jumlah berat emas yang ingin dikeluarkan iaitu :
GOLD IN TRANSIT (GIT)

Untuk emas dengan berat 21.25gram atau kurang.
Emas terus dihantar ke alamat pilihan anda.
Emas baru akan diganti jika hilang semasa penghantaran.
Caj GIT : RM10 (SM), RM15 (SS)
TUNTUTAN EMAS DI CAWANGAN

Untuk emas dengan berat melebihi 21.25gram.
Tuntut emas anda di cawangan Public Gold terdekat.
Tidak boleh dipos kerana melebihi had insurans.
Tetapkan temujanji melalui apps sebelum hadir.
PENGELUARAN DARI MESIN GOLD ATM

Untuk emas dengan berat 0.5 gram hingga 5 gram.
Caj pengeluaran ATM seperti di bawah
RM15 : 0.5g, 1g, 1/4 dinar
RM20 : 1/2 dinar
RM25 : 1 dinar & 5 gram
JUALAN EMAS

📌Sekiranya matlamat simpanan anda telah tercapai atau memerlukan wang tunai, anda boleh menjual emas anda kepada Public Gold.
📌Public Gold akan membeli emas anda mengikut harga emas semasa.
📌Bagi gram emas dalam simpanan GAP, emas boleh dijual melalui aplikasi Public Gold
📌Wang hasil jualan akan dimasukkan ke akaun bank anda pada hari bekerja berikutnya.
📌Bagi pengguna Maybank, wang akan dimasukkan ke akaun bank anda pada hari yang sama jika jualan dibuat sebelum jam 12.30 tengah hari (hari bekerja)
📌Susut nilai atau 'spread' untuk jualan emas GAP hanyalah 9% sahaja.
📌Anda boleh jual kesemua gram emas anda tanpa perlu tinggalkan baki dalam akaun GAP anda.

CONTOH TABUNGAN EMAS GAP
Berikut adalah contoh tabungan salah seorang penyimpan emas Public Gold.
📌Pendapatan bulanan beliau hanya RM2,000 sebulan dan menabung 1 gram setiap bulan.
📌Beliau mula menabung pada 7 September 2022.
📌Setiap bulan, selepas menerima gaji, beliau akan membeli 1 gram emas pada setiap 7 hari bulan.
7 September 2022

-
Harga emas semasa : RM265/gram
-
Bayar RM265 dan terima 1 gram emas.
-
Jumlah simpanan emas GAP terkumpul : 1 gram.
7 Oktober 2022

-
Harga emas semasa : RM276/gram
-
Bayar RM276 dan terima 1 gram emas.
-
Jumlah simpanan emas GAP terkumpul : 2 gram.
November 2022 - Jun 2023

-
Terus membeli dan menabung 1 gram sebulan.
-
Simpanan emas GAP bertambah sedikit demi sedikit.
-
Jumlah simpanan emas GAP terkumpul selepas 11 bulan : 11 gram.
Pengeluaran Emas Fizikal

-
Arahkan sistem untuk keluarkan goldbar 10 gram.
-
Emas dihantar ke rumah melalui postage berinsurans.
Teruskan Simpanan Emas

-
Baki simpanan emas dalam akaun GAP selepas pengeluaran emas : 1 gram.
-
Beliau teruskan menabung untuk keluarkan emas fizikal seterusnya.
Dah Bersedia Untuk Mulakan Simpanan Emas?

Tahukah Anda?
📌 Seorang penyimpan emas dari Kelantan berjaya mengumpul 1,037 gram emas melalui akaun emas GAP.
📌 Nilai 1,037 gram emas melebihi RM450,000 dan mampu beli sebuah rumah secara tunai.
📌 Untuk miliki simpanan lebih 1kilogram emas, mungkin tak ramai yang mampu.
📌 Tapi dengan akaun emas GAP, semua orang mampu asalkan dapat disiplinkan diri menabung dengan konsisten.
Anda juga mampu miliki simpanan emas seperti beliau.
Klik butang di bawah untuk mulakan simpanan emas anda hari ini!

